Minggu, 22 Desember 2013

Berpantang Maut Sebelum Ajal Di China


Jiangsu – Berpantang maut sebelum ajal. Itu yang dialami oleh seorang wanita yang terselamat daripada kemalangan selepas keretanya remuk ditimpa sebuah kontena.

Jika dilihat kepada keadaan kereta itu, tiada siapa akan menyangka dia akan terselamat.

Namun kuasa Tuhan mengatasi segalanya, apabila dia dikeluarkan daripada keretanya yang remuk itu tanpa sebarang kecederaan.


Wanita itu diselamatkan oleh anggota bomba yang dipanggil ke jalan di Zhangjiagang pada pukul 1 petang, Sabtu lalu.

Pasukan penyelamat juga terkejut ketika menghampiri kenderaan itu apabila mendengar suara meminta tolong dari dalam kereta.

Mereka terpaksa memotong pintu kereta itu dan menarik wanita tersebut.


0 komentar:

Posting Komentar

 

Copyright © Raja blog Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger