Kamis, 19 Desember 2013

VIDEO Kucing Dodoikan Bayi Tidur



Jika di negara Barat, anjing digelar sebagai ‘Man’s Bestfriend’, di sini kita boleh gelarkan binatang peliharaan kucing sebagai teman baik kepada pemiliknya.
Di sebalik sikapnya yang manja dan sentiasa mahu dibelai, rupa-rupanya si comel ini boleh diharapkan dalam membantu melakukan kerja.
Di kala mungkin pemiliknya sedang sibuk melakukan aktiviti harian seperti mengemas rumah, membasuh baju dan sebagainya, kucing comel ini dilihat sama-sama membantu mendodoikan bayi dalam buaian itu.
Video berdurasi selama 23 saat itu baru sahaja dimuat naik semalam dan dapat dilihat kucing itu begitu lemah gemalai menghayun buaian tersebut.
Buat pencinta kucing pastinya anda akan berasa terhibur dengan video yang dikongsikan ini. Enjoy!
sumber
language="javascript" src="http://com/servlet/ajrotator/847945/0/vj?z=admaxasia2&dim=280733&pid=910f402a-9ffb-4ed1-8a31-80a1a50c9df3&asid=729fee93-bc62-4ef0-aa34-e6a62a90d508">




0 komentar:

Posting Komentar

 

Copyright © Raja blog Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger