Zaman la ni, macam-macam cara boleh digunakan untuk menjadi popular dan glamor dalam sekelip mata.
Cumanya terserah kepada individu tersebut bagaimanakah caranya yang mahu digunakan untuk meraih perhatian umum dalam masa yang singkat.
Seperti video yang ingin dikongsikan di bawah ini, sekumpulan anak muda lelaki menggelarkan diri mereka sebagai Megaboys telah tampil dengan video mereka, baru-baru ini.
Megaboys telah menterjemahkan lirik lagu kumpulan British, The Wanted, She Walks Like Rihanna menjadi Seperti Rihanna.
Di samping itu mereka juga menggunakan ayat ‘famous’ yang diilhamkan oleh Syasya Legoland iaitu ‘macam cantik je, macam comel je’ pada korus lagu tersebut.
Mungkin ‘kreativiti’ mereka ini boleh dijadikan inspirasi untuk penyanyi-penyanyi ‘wannabe’ di luar sana.
Apa-apa pun enjoy dulu video ini ya!
0 komentar:
Posting Komentar