28 Ogos 2013
(c) ShutterStock
Kisah sedih ini terjadi dihadapan dua orang pegawai polis. wanita ini ditusuk berkali-kali hingga meninggal dunia tapi polis yang melihatnya hanya diam saja.
Seorang wanita yang bekerja sebagai juru wang supermarket ditusuk berulang kali hingga meninggal oleh seorang lelaki di China. Walau ada dua orang polis di sana, mereka hanya melihat insiden penusukan itu dan tidak berusaha untuk mencegah pelaku. Tragedi memilukan ini terjadi pada tanggal 18 Ogos lalu. Lelaki ini adalah kekasih dari wanita yang bernama Xiao Hu.
Rakaman CCTV dari supermarket ini merakam kejadian buruk yang semoga saja tidak pernah terjadi lagi. Juru wang wanita berusia 17 tahun ini ditarik, dicekik, dan ditusuk dengan pisau tajam hingga bersimbah darah. Dua polis tadi hanya diam, entah kerana takut atau tidak tahu harus berbuat apa.
Setelah menusuk wanita ini hingga lebih dari 10 kali yang mengakibatkan wanita ini meninggal dunia dengan cara yang menyedihkan, lelaki ini menusuk dirinya sendiri hingga tumbang. Setelah lelaki ini terjatuh dan tubuhnya juga berlumuran darah, barulah dua polis tadi bertindak dan menangkap lelaki jahat itu. Terlambat, nyawa Xiao Hu tidak dapat diselamatkan.
Keluarga Xiao Hu terkejut dan sedih luar biasa mengetahui puteri mereka dibunuh oleh kekasihnya yang bernama Shen X itu. Mereka marah kerana polis yang melihat kejadian ini tidak menolong dan diam saja melihat keluarga mereka ditusuk hingga tak bernyawa. Ms.Hu, salah seorang saksi yang ada ketika tragedi tersebut terjadi mengatakan bahawa dia lah yang memanggil polis untuk datang. Ms.Hu curiga bahawa Shen X akan merompak di supermarket.
Walau dua orang polis ini tidak melakukan tindakan untuk menyelamatkan wanita ini, mereka dinyatakan tidak bersalah dan tidak akan mendapat hukuman. Tapi bukankah seharusnya tugas seorang polis adalah melindungi warga yang memerlukan pertolongan?
Vemale.com
0 komentar:
Posting Komentar