Senin, 17 Februari 2014

Tragedi percutian keluarga



Port Dickson: Seorang bapa tidak menyangka percutian keluarga di Pantai 1 Telok Kemang, di sini, berakhir tragedi memilukan apabila anaknya ditemui lemas, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, mangsa, Muhammad Shafiee Suzanni, 17, pelajar sekolah tahfiz di Sungai Buloh, Selangor ditemui orang awam tiga jam selepas kejadian sebelum disahkan meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Port Dickson. 
Ketua Polis Daerah Superintendan Abd Wahab Harun berkata, mangsa, anak ketiga dari enam beradik itu bertolak dari Kampung Bukit Cerakah, Meru, Klang, Selangor menaiki sebuah van kira-kira jam 11 pagi dan tiba jam 1 tengah hari di pantai itu. 

“Pada masa itu, cuaca mendung dan hujan berserta angin kencang malah bapa mangsa turut menasihatkan anaknya yang lain supaya memerhati mangsa yang menghidap sawan.


“Malah, sebelum bergerak ke pantai itu, mangsa turut diserang sawan ketika di rumah,” katanya.

sumber:


0 komentar:

Posting Komentar

 

Copyright © Raja blog Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger