Jumat, 14 Februari 2014

GAJI BARU TENTERA DAN POLIS DIUMUM HARI INI


Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak dijangka mengumumkan skim gaji baru dan kenaikan pangkat anggota dan pegawai polis serta tentera, hari ini. 

Datuk Seri Najib Razak Perdana Menteri Malaysia
Berita gembira yang dinanti-nantikan pasukan keselamatan negara itu bakal diumumkan pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke - 13 (MAPPA XIII) di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. 
Selain Perdana Menteri, Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadualkan hadir bagi meraikan penjawat awam itu. 

Sumber Persatuan Pegawai Kanan Polis memberitahu BH, pengumuman itu sememangnya wajar kerana sudah tiba masanya anggota dan pegawai polis menerima skim gaji dan kenaikan pangkat yang sama seperti jabatan lain. 

Harap dapat perhatian 

“Selain tangga gaji dan peluang kenaikan pangkat yang setimpal dengan tempoh perkhidmatan, kami berharap elaun sampingan sep erti elaun keraian, kenderaan dan logistik mendapat perhatian kerajaan kerana tugas kami bukan sekadar menyiasat kes, malah pelbagai tugasan yang boleh membahayakan nyawa,” katanya semalam. 

Untuk PDRM difahamkan, cadangan tangga gaji bagi Konstabel (N17) ialah RM1,013 hingga maksimum RM2,613.61 bagi P1, manakala P2 (RM1,0851.56 – RM2,681.56), P3 (RM1,151.46 – RM2,751.46) manakala Lans Koperal (N22) antara RM2,164.44 – RM3,321.99 bagi P1 dan P2 (RM2,325.10 - RM3,657.02). 
Untuk Koperal (N26) pula antara RM2,482.33 – RM3,496.05 bagi P1 dan P2 (RM2,719.90 – RM3,815.70). Bagi Sarjan N29 (lantikan) ialah antara RM1,710.39 hingga RM4,335.62. 

Penyelarasan gaji pegawai kanan PDRM pula dijangka Gred 41 bagi Inspektor, Asisten Superintendan (ASP) 44, Deputi Superintendan (DSP) 46; Superintendan 48 dan Asisten Komisioner (ACP) 52. 

Sumber itu berkata, pengiktirafan setimpal dengan tugas dan tanggungjawab pasukan keselamatan tepat pada masanya memandangkan ada agensi dan jabatan lain serta Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) terlebih dulu memperoleh manfaat daripada skim perkhidmatan awam.

sumber



0 komentar:

Posting Komentar

 

Copyright © Raja blog Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger