Senin, 24 Februari 2014

Sultan Pahang Mahu Masjid Buat Solat Tolak Bencana


KUANTAN – Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah menitahkan semua masjid di Pahang melakukan solat hajat bagi memohon agar negeri ini dihindari daripada dilanda bencana banjir yang lebih dahsyat.

Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Othman berkata, Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) telah memaklumkan perkara itu kepada pentadbir masjid di seluruh negeri.

“Musibah banjir yang menimpa seluruh negeri sekarang menunjukkan kita tidak terlepas ujian daripada Allah S.W.T,” katanya ketika ditemui Bernama selepas menunaikan solat hajat di Masjid Negeri di sini, hari ini.

Beliau yang turut menjadi mangsa banjir setelah kediamannya di Taman Sungai Isap dinaiki air, meminta agar setiap mangsa bersabar dengan ujian yang dilalui itu.

“Mudah-mudahan solat hajat yang telah dan akan dilaksanakan di seluruh masjid negeri Pahang ini, dapat dimakbulkan,” katanya.

Mengikut laporan pagi tadi, lebih 34,000 mangsa banjir masih ditempatkan di pusat-pusat pemindahan dalam lapan daerah di Pahang. – BERNAMA


0 komentar:

Posting Komentar

 

Copyright © Raja blog Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger