Senin, 11 Agustus 2014

Kes potong kemaluan bapa Ibu dakwa anaknya seolah olah dirasuk

0 komentar


“Dia seorang anak yang baik, tak sangka dia sanggup bertindak begini,” luah ibu kepada seorang lelaki yang memotong kemaluan bapanya dalam satu kejadian, di Dungun, awal pagi kelmarin. 


Dalam kejadian itu, suspek, 40, dikatakan naik angin sebelum bertindak memukul bapanya, selain turut menendang mangsa. 

Tidak cukup dengan itu, suspek kemudiannya masuk ke dapur dan mengambil pisau pemotong sayur lalu bertindak memotong kemaluan bapanya, sebelum turut memotong kemaluannya sendiri. 

Menurut isteri mangsa, ketika kejadian dia sedang tidur sebelum dikejutkan dengan bunyi bising. 

Isteri peneroka Felda itu menceritakan, sebaik tersedar dari tidur, dia melihat anaknya sedang membelasah suaminya, lalu dia bertindak menjerit sekuat hati untuk menghalang anak lelakinya itu daripada terus memukul bapanya. Keadaan suspek ketika itu seolah-olah dirasuk. 

Wanita berkenaan memberitahu, walaupun cuba menghalang, namun anaknya itu tetap memukul bapanya dan sekali lagi dia terkejut apabila suspek yang bersenjatakan pisau yang diambil dari dapur, bertindak menyerang bapanya sebelum memotong kemaluan mangsa. 

“Dia macam tidak sedarkan diri, selepas potong kemaluan bapanya, dia potong kemaluan sendiri pula.

"Saya macam tidak percaya dia sanggup bertindak begitu kerana sebelum ini dia tidak pernah menderhaka pada kami,” kata ibu malang itu. 

Selepas tragedi berdarah itu, suspek dan bapanya dikejarkan ke Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, sebelum dibawa ke Hospital Dungun untuk rawatan lanjut. 

Menurut warga emas itu, anak lelakinya itu difahamkan pulang bercuti di rumahnya di Felda Kerteh Enam sejak beberapa hari lalu, manakala isteri dan anak-anaknya masih berada di Kuala Lumpur kerana sesi cuti persekolahan baru bermula. 

Ibunya memberitahu, sebelum ini anak lelakinya itu tidak pernah berperangai sedemikian dan sejak pulang, tiada perubahan ditunjukkan oleh suspek. 

"Sejak pulang bercuti di kampung, dia kelihatan biasa sahaja. 

“Cuma yang pelik pagi kelmarin, saya lihat dia sedang menari-nari dalam rumah. Dia tak pernah berperangai begitu sebelum ini, tapi saya tak syak apa-apa kerana mengagak dia hanya main-main,” katanya yang masih trauma dengan kejadian itu. 

Sementara itu, isteri suspek yang hanya ingin dikenali sebagai Su berkata, suaminya itu pulang awal ke kampung, manakala dia pulang berasingan bersama anak-anak ekoran cuti sekolah baru bermula. 

Su berkata, kali terakhir dia menghubungi suaminya itu kira-kira jam 12 tengah hari kelmarin, sehari sebelum kejadian. 

Menurut Su, dalam perbualan telefon, suaminya itu menyatakan perasaan rindunya pada anak-anak dan meminta isterinya itu segera pulang ke kampung mentuanya di Felda Ketengah Jaya. 

Su berkata, ketika berada di rumahnya di Balakong, Selangor, tiada perubahan pelik ditunjukkan suaminya itu, cuma bapa kepada tiga anak itu sejak seminggu lalu kerap kali berulang ke masjid, selain tidak meninggalkan solat lima waktu. 

Menurut wanita yang berasal dari Machang Kelantan itu, ketika kejadian dia dalam perjalanan pulang menaiki bas ekspres dari Kuala Lumpur ke Dungun dan kejadian itu diketahuinya setelah dihubungi ibu mentuanya. 

“Bila saya tengok perubahan dia ke arah itu (kebaikan) saya bersyukur sebab dia semakin dekat dengan tuhan. 

"Namun saya terkejut apabila diberitahu ibu mentua, dia melakukan perkara yang tidak masuk akal ini,” katanya yang ditemui di pekarangan Unit Kecemasan Hospital Dungun. 

Dua beranak terbabit dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu untuk rawatan lanjut. 

Mangsa, 67, yang putus kemaluan difahamkan dalam keadaan kritikal. SUMBER

Read more ►

Jumat, 14 Maret 2014

Kes Mak Tom Banyak BALA Lagi Nak Datang Kata Azwan

0 komentar
Azwan Ali


Susulan dari cerita yang dikeluarkan oleh portal Murai.com mengenai kisah ibu kepada ahli politik, Azmin Ali, ahli perniagaan, Ummi Hafilda dan artis lelaki, Azwan Ali, yang dikatakan jatuh di bilik air pada malam persandingan Ummi Hafilda, hanya Azwan Ali sahaja yang mengeluarkan kenyataan mengenai isu tersebut.
Seperti biasa, Azwan hanya mengeluarkan kenyataan melalui laman sosial Twitternya sahaja malam semalam.
Baru-baru ini, Ummi Hafilda telah pun melangsungkan perkahwinannya di rumah ibunya, di Kg. Klang Gate, Hulu Klang.
Pada malam persandingan Ummi Hafilda, dikhabarkan ibu mereka, Mak Tom telah jatuh dalam bilik air.
“Slm. Ko Henggat AKU HADAP Majlis JIJIKZ ko? Tuhan Bayar Cash! Malam yg SAMA? AMBULAN Masuk KAMPONG! Ada YG JATUH Bilik AIR coz Sial KO!”
“Slm. TUHAN MAHA ADIL ! Kes AMBULAN masuk KAMPUNG ? Tetengah MALAM BUTA? Insaf lah ! More BALA to come ! Eeeeeeee,” tulis Azwan.
Katanya lagi, kejadian itu adalah balasan di atas perbuatan Mak Tom dan Ummi Hafilda sendiri.
“Slm. What Goes Around ? HANJJJ around ! MUHASABAH la diri before BALA terus ke MUKA,” kata Azwan.
Seperti mana yang kita sedia maklum, dahulu, hubungan Azwan dan Ummi Hafilda tidak berapa baik walaupun mereka adalah adik-beradik kerana fahaman politik yang berbeza.
Malah, Ummi Hafilda juga tidak baik dengan abangnya, Azmin Ali, orang kuat dalam parti pembangkang, Parti Keadilan Rakyat.
Azwan juga turut mengikuti jejak langkah Azmin untuk bermusuhan dengan Ummi Hafilda.
Namun, atas takdir Tuhan, Azwan dan Ummi Hafilda berbaik semula dan Azwan sendiri berjanji untuk bercakap buruk terhadap Ummi Hafilda.
Tidak berapa lama selepas itu, Mak Tom pernah mengeluarkan kenyataan di media utama mengatakan dia kecewa dengan sikap anak lelakinya, Azmin Ali yang membelakangkan ibu dan keluarganya sendiri demi fahaman politiknya yang tegar.
Selepas itu, Azwan sekali lagi mengisytiharkan perang dengan Ummi Hafilda semula hingga kini.
Banyak jugalah kenyataan yang dikeluarkan oleh Azwan di laman sosialnya itu.
Tambah Azwan lagi, dia hanya ada Azmin Ali dan Azman Ali sahaja sebagai adik-beradiknya, tiada orang lain lagi dalam dunia ini.
“Slm. DIVA AA Hanya ada FAMILI YB @AzminAli n AZMAN ALI dlm lebihan hidupNYA! Ko sapa JADAH? DO I CARE? SO?,” tulis artis kontroversi itu.
Apa-apa pun, jika benar Mak Tom jatuh sakit, sama-samalah kita doakan kesejahteraan ibu mereka agar kembali sembuh dan diberikan kesihatan yang baik. Amin.
AHA1
AHA2
AHA3
AHA4
AHA5
AHA6
Oleh: SORAYA IMAN
Read more ►

Sabtu, 28 Desember 2013

Hakim buta bicara kes porno

0 komentar

 17 Ogos 2013
London: Satu-satunya hakim buta di Britain terpaksa menangguhkan hukuman ke atas seorang pesalah kes pornografi bagi membolehkan seorang hakim yang boleh melihat memutuskan betapa seriusnya video lucah membabitkan pesalah itu.
Hakim John Lafferty memberitahu Mahkamah Snaresbrook semalam, memandangkan dia tidak boleh menonton video yang menunjukkan seorang wanita mengadakan seks dengan seorang budak lelaki, dia tidak dapat menentukan keseriusan kesalahan itu. 
Mahkamah diberitahu, tertuduh Philip Hawkins ditahan 15 Januari lalu selepas polis menemui gambar lucah kanak-kanak dalam komputer ribanya. 

Hawkins, 63, sebelum ini didapati bersalah kerana mengambil gambar lucah kanak-kanak.
Hakim Lafferty, bagaimanapun tidak dapat menentukan sejauh mana keseriusan video itu.
Dia menunda keputusan hukuman terhadap kes itu bagi membolehkan hakim lain membuat keputusan. 

“Jelas sekali berlaku hubungan seksual antara kanak-kanak lelaki dengan seorang wanita. 

“Saya gembira dapat membenarkan seorang hakim yang sesuai untuk menonton video itu dan menjatuhkan hukuman,” katanya. - Daily Mail
sumber : mymetro
Read more ►
 

Copyright © Raja blog Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger